• WIN a retreat at THE DATAI LANGKAWI with roundtrip ticket by MALAYSIA AIRLINES when you purchase PULAO SWIMWEAR TAKE ME THERE!
  • FREE SHIPPING With Orders Above RM200 for West Malaysia and RM300 for East Malaysia
icon-search
icon-search

Enrich By Malaysia Airlines X Kapten Batik Hadir Dengan Koleksi Batik Eksklusif Buatan Tangan 

Pada Januari 2022 yang lepas, Malaysia Airlines telahpun hadir dengan kolaborasi bersama jenama tempatan Malaysia THESELINA dalam melancarkan 5 koleksi beg tangan lestari. Ia merupakan antara inisiatif daripada mereka dalam menyokong pelan dalam memastikan pelepasan karbon berada paras sifar dan menawarkan lebih banyak projek kitar semula.

Dan kini nampaknya, mereka kembali lagi dengan sebuah lagi kerjasama yang juga melibatkan jenama fesyen tempatan iaitu Kapten Batik.


Untuk Enrich By Malaysia Airlines X Kapten Batik, kerjasama ini bertujuan untuk mencipta dan menghasilkan koleksi kapsul “abadi” dan mesra alam yang merangkumi produk yang terdiri daripada pakaian fesyen dan gaya hidup.


Bagi anda yang berminat, koleksi ini telah dilancarkan secara rasmi di butik Kapten Batik di The Curve oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menampilkan koleksi edisi terhad yang terdiri daripada:


  • baju slimfit lelaki dan kanak-kanak
  • pakaian Mesir wanita
  • beg makan tengah hari
  • beg tote
  • pelitup muka


263065_B6lMPUuVU-683x1024

263067_JxtsiefW5-683x1024

Apa yang menariknya, kesemua koleksi ini menggunakan fabrik yang diperbuat daripada bahan yang lestari dan diwarnakan menggunakan tangan dengan warna semula jadi iaitu 100% Kambric organik yang telah diperakui Piawaian Tekstil Organik Global (GOTS).

Tidak hanya itu, teknik blok tangan tradisional juga turut digunakan untuk mencetak reka bentuk Batik Enrich x Kapten moden. Hasilnya, corak yang ditampilkan kelihatan lebih klasik dan dalam pada masa yang sama membawakan imej yang elegan kepada si pemakai.


Screenshot-2022-08-05-at-2.05.57-PM-1024x481


Keseluruhan koleksi boleh dibeli hanya melalui platform atas-talian Temptations, atau di kedai yang mengambil bahagian seperti butik Kapten Batik di Publika, kedai gaya hidup BSC, The Curve dan Gurney Paragon Mall.

Click here to read the original write-up.

Your cart is currently empty.
Continue shopping